Sunday, May 15, 2011

POSTUR SELAMAT GUNA KOMPUTER

Dengan kemajuan teknologi, senario kerja telah berubah kepada sistem pengkomputeran. Dalam setiap bidang, penggunaan komputer telah semakin meluas dan merupakan gaya kerja yang cukup memudahkan dan adakala turut merumitkan. Penggunaan komputer juga mengundang banyak penyakit sampingan seperti penyakit belakang yang kronik, Carpal Tunnel Syndrome (CTS), stress dan sebagainya.


Kebanyakan pengguna komputer melakukan 50K - 200K gerakan jari ketika menggunakan komputer mereka selama beberapa jam. Semakin banyak anda meluangkan masa di depan komputer apatah lagi melakukan aktiviti blogging, chatting, coding dll, maka semakin besar kesan sampingannya terhadap kesihatan anda.

Oleh itu, dicadangkan beberapa teknik postur badan dan jari yang betul ketika menggunakan komputer agar dapat meminimumkan risiko kecederaan seperti di tangan, lengan, bahu, leher, dan punggung di samping dapat mengurangkan stress dan kesan buruk yang lain.

CARA MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI


CARA MENGGUNAKAN TETIKUS



CARA DUDUK




SUMBER :http://windowsvj.com

THIS BLOG CONTAINS ABOUT BLOGGER LIFE JOURNEY, HIS TOUGH ABOUT LIVING, FAMILY, SKILL ETC. FOR THOSE LIKE TO SHARE EVERYTHING EXCEPT A BAD THINGS ARE WELCOME. PLEASE TELL YOUR FRIEND IF THIS BLOG ARE USEFUL. TQ.

0 comments:

BERAT BADAN ANDA IDEAL ?

Pertambahan berat badan mendatangkan kebimbangan bagi setiap orang terutama dalam kalangan kaum wanita. Pelbagai ubat untuk mengurangkan berat badan dijual sama ada di farmasi, pasar malam, pasar minggu hatta di pingir-pingir jalan ibu kota dan bandar kecil.

Sebenarnya kita boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet yang terkawal dan melakukan aktiviti fizikal pada setiap hari seperti berjogging, berkebun dan lain-lain. Penulis juga berasa agak sukar melakukan aktiviti rutin seperti mengangkat barang dan bersolat apabila berat badan semakin meningkat hingga ke tahap obesiti.

Kesempatan berpuasa di bulan Ramadhan adalah ruang terbaik untuk kita kembali menurunkan berat badan dengan cara yang baik dan tidak menjejaskan kesihatan. Di samping itu disertakan cara mengira BMI anda seperti yang dipaparkan di bawah. Selamat mencuba.




 Kalkulator BMI

  Berat (Kilogram) Ketinggian (Sentimeter)

   BMI

BMI
Anda adalah
Kurang dari 18.5 Kurang berat badan
18.5 - 22.9 Berat badan unggul
> 23.0 Lebih berat badan (gemuk)
23.0 - 27.4 Pra-obese
27.5 dan ke atas Obes
 

Free Blog Templates

Blog Tricks

Easy Blog Tricks

Great Morning ©  Copyright by CIKGU NAZRI : MY LIFE JOURNEY | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks